What's up
Follow @wanastne Tweet to @wanastne
Follow / Visit my IG
Hello
Assalammualaikum, welcome to my Engine blog. First of all, thank you very much for landing your butt *I'm kidding* in my blog. Sorry for penggunaan kata ganti diri "aku" kepada rakyat yang lebih berusia atau yang jauh muda. Harap kalian faham seni ni infiniti. okay bye-bye. sincerely, gemok's lady.

ARCHIVE
blank title
Kuala Lumpur Here We Go!
Intro-duck-tion
Fresh Po-Po-Post
Say something...
stats


School memories.

Assalammualaikum and hi everyone.

Aku tengah baring-baring dalam bilik suddenly, teringat masa zaman sekolah dulu. Tak lama lah ia berlalu baru 2 tahun. Tapi kenangan-kenangan dekat sekolah tu banyak. Aku tinggal dekat Ipoh dan sekolah dekat SMK Raja Chulan. Anda seorang pelajar Politeknik Ungku Omar? Tahniah anda pasti tahu kerana kedudukan bangunan sekolah dan politeknik anda sangat rapat seperti belangkas.


Alhamdulillah sepanjang aku sekolah di sini. Aku bukan sahaja berkawan dengan budak sekolah aku sahaja dan yang kekal sampai sekarang. Dulu masa aku form 1 sampai form 4 aku tak pernah dapat kelas tingkat atas. Bangunan sekolah aku ni 2 tingkat je. Jadi, aku tak pernah merasa langsung duduk kelas tingkat atas. Masa aku tingkatan 1 dan 3 aku pernah duduk dekat kelas yang sama. Bapak bosan siot. Kelas tepi kantin satu kelebihan besar bagi aku sebab senang nak beli makanan nak beli minuman. Tapi kalau apa-apa jadi, kelas aku lah yang kena dulu sebab kelas tu dekat jugak dengan bilik guru.

Naik tingkatan 5, kelas dah diselaraskan. Semua tingkatan 5 dekat kelas atas. Tepi padang. Bayangkan masa musim panas memang panas nak mampus! Kalau hujan basahlah aku dekat tepi tingkap tu.

Ini kedudukan aku dalam kelas.

Boleh bayangkan tak aku duduk tepi tingkap. Bukan semua tingkap tu bertingkap sangat. Ada yang dah pecah melopong je. Salah satunya tempat aku lah. Memang nak keluar pun senang, kalau aku nak baling kerusi pun senang. HAHAAHAHAHA. Tapi memang meja yang aku list nama tu tempat budak-budak popular bermasalah. Suka tidur, suka bersembang. Tapi belajar tak main k kawan-kawan.

Ini kedudukan aku dengan member aku dalam makmal sains pulak.

Memang tak dinafikan. Meja depan sekali untuk budak-budak yang kuat belajar, mostly perempuan. Meja kedua pulak kebanyakkannya lelaki dan perempuan yang tercicir. Yang ketiga pulak, nampak tak tempat Wana and the gang. Tapi jangan kecam dulu, selalunya hat meja nombor 3 tu paling banyak tanya (sebab kami suka sains). Guru kelas pulak tu yang ajar sains. Memang cikgu dah kenal sangat la group paling bising ni. 


Yang tak boleh lupa, port makan. Tak suka betul makan dekat kantin. Mesti nak pergi belakang bilik guru lepastu, makan sampai kenyang. Pernah sekali tu Penolong Kanan tegur tak boleh makan dekat situ, Cikgu tu memang kenal kami. Lagi-lagi aku sebab mama AJK pibg. Kami mengayat dia kemain lama. Tapi memang kami tak pernah tinggalkan sebarang sampah. Dah tong sampah dekat. Nak buat apa buang merata. Sebab tu jugaklah kot makcik kantin cuma bagi plastik dekat kami je. HAHAHAAHA. sampai sekarang cikgu tak tahu makcik kantin bagi kami plastik letak makanan. Sekolah aku ni kuno sikit, plastik tak dibenarkan sebab nak jaga persekitaran sekolah. Budak sekolah mana lah yang suka buang sampah merata tu. 



Antara sukan kegemaran aku masa dekat sekolah Bola Jaring, Lontar Peluru dengan Silat (jangan main main dengan sis) HEHEHE. Masa sekolah dulu memang aku aktif 3 benda ni je. Aku tak suka berlari sebab aku cepat penat. Walaupun aku aktif tapi aku memang ada masalah dengan berlari. Aku semput. Kalau main bola jaring aku suka ambik position GA/GS. Aku peduli apa walaupun aku tak reti shoot. Tapi dah selalu main tu aku dah reti lah, kalau tak takde ah juara rumah sukan bhai, pls lah (riak). Kalau aku main untuk kelas selalunya bila dah pancit aku tukar dengan kawan aku, dia pulak ambik GA aku ambik GS. Tapi betul, takde siapa boleh ambik position aku. Nanti aku nangis. Lontar peluru pulak memang aku dah main dari sekolah rendah. Tiap-tiap tahun nama aku mesti naik. Tak nombor 3, nombor 2 mesti lah nombor 1 (riak berkurangan). SILAT. Aku terjebak since form 1. Aku masuk pertandingan form 3 dan hanya menang tempat ketiga masa form 4. Itu pun sebab aku dari Tempur tukar ke Seni Solo sebab aku merajuk dengan partner aku. Masa form 5 memang tak menang langsung sebab aku dah benak. Aku main dua-dua sekali solo dengan tempur. lastnya aku lupa buah. gedebuk member aku kena sepak. aku harap dia dah lupakan kejadian tu. 

Sekarang bila ada masa lapang aktiviti aku tidur lah. Orang lain tidur dengan bantal busuk aku tak ada bantal busuk (tipu) aku ada baju busuk. memang aku tidur dengan baju tu tiap malam. Kalau tak ada aku memang tak boleh tidur malam. Baju tu bertuan sebab tu kot aku macam kena badi tuan dia. LOL apa kau merepek wana.

So, If you have read this story. Apa kata kongsi dengan aku cerita-cerita korang dekat sekolah dulu. Kemon, sporting sikit. Muah.

⚓️ "School memories. " was Fixed On: Sunday 26 March 2017 @03:10 | 0 was/were destroy an engine ⚓️


« Older posts | Newer posts »


Layout TeaCakeHouse. All rights reserved.
Please view with Google Chrome in a 1280 x 800 SR. Resources: TFN.